ETIKA DALAM BERKOMPUTER

penggunaan komputer juga perlu mempunyai etika terutamanya penggunaan komputer dalam rangkaian internet. setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza dalam menggunakan komputer.

di sini terdapat 10 etika dalam komputer yang perlu kita ikuti dan menjadi panduan apabila menggunakan komputer..

1. Tidak menggunakan komputer untuk merosakkan orang lain.
Adalah tidak beretika jika kita menulis program yang mengawal bom masa, mencuri dan memusnahkan komputer orang lain atau mencapai atau memusnahkan fail orang lain.

2. Tidak memusnahkan kerja yang melibatkan komputer orang lain.
virus komputer adalah kecil tapi boleh menghancurkan kerja komputer orang lain dengan memusnahkan fail, memaparkan mesej yang mengganggu ketenteraman pengguna dan sebagainya. membina atau menyebarkan virus adalah tidak beretika.

3. Tidak membaca atau membuka fail orang lain
membuka atau membaca mel elektronik orang lain sama seperti kita tidak menghormati hak orang lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
menggunakan komputer dengan tujuan memindahkan duit daripada akaun syarikat atau bank tanpa hak adalah sama seperti merompak.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menyebarkan cerita palsu
internet dapat menyebarkan berita benar dan palsu dengan cepat. menyebarkan cerita palsu di internet boleh menyebarkan pelbagai kesan buruk seperti huru-hura.

6. Tidak dibenarkan menyalin perisian yang kita tidak bayar
perisian adalah produk yang melibatkan harta intelek. kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalin perisian tanpa membayar usaha melahirkan perisian tersebut

7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa mendapat kebenaran
sistem yang melibatkan ramai pengguna menggunakan id(login) pengguna dan kata laluan untuk memastikan keselamatan sistem tersebut. memecah masuk sistem atau aras yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika.

8. Tidak mengambil hasil kerja orang lain
mengambil hasil kerja orang lain tanpa kebenaran yang sah adalah sama seperti mencetak rompak perisian dan ini juga termasuk tidak beretika. Hakcipta intelek adalah kepunyaan individu dan ianya dilindungi dibawah undang-undang hakcipta.

9. Memikirkan kesan sosial pada program yang kita bina
apabila membina sesuatu program kita harus memikirkan dan mempertimbangkan kesan sosial kandungan program kepada kanak-kanak dan orang lain atau sesuatu kaum.

10. Menggunakan komputer dengan menunjukkan rasa prihatin dan menghormati
apabila kita berada di tempat awam dan berkomunikasi dalam komputer kita perlu menghormati dan berbaik dengan tetamu walaupun kita tidak dapat melihat mereka.



Dimdim Web Conferencing

salam..

pengalaman saya menggunakan dimdim video conferencing merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk diri saya. sebelum ini, saya hanya ada mendengar tentang dimdim melalui rakan chatting tapi tidak pernah menggunakannya.

alhamdulillah akhirnya saya menggunakannya di dalam kelas isu ICT dalam pendidikan bersama dengan tn. Hj dan rakan-rakan. ini merupakan satu pengalaman yang baru untuk saya.

walaupun da beberapa masalah menggunakannya seperti apabila menggunakan broadband terdapat masalah untuk connect dengan rakan2. tapi apabila menggunakan streamyX alhamdulillah dapat connect dengan dimdim.

dengan menggunakan dimdim ini, saya dapat melihat video yang dipaparkan dan mendengar suara pensyarah dengan jelas. selain itu, kami dapat berkongsi maklumat semasa video conference dijalankan.

antara kebaikan adalah kita boleh berhubung antara satu sama lain walaupun berada di tempat yang berbeza dengan syarat mempunyai sambungan internet. semoga perkongsian maklumat seperti ini dapat memudahkan pelajar dan pensyarah.

PENGUNAAN GOOGLE CALENDAR

Dewasa ini, penggunaan ict amat penting dalam kehidupan harian dalam memudahkan kerja atau tugas harian kita. dengan menggunakan google calendar juga dapat memudahkan kita dalam merancang sesuatu kerja. ini kerana google calendar berperanan sebagai diary kita untuk memastikan segala jadual kita dapat dirancang dengan baik.

aplikasi google calendar juga boleh digunakan di sekolah sebagai salah satu platform antara pelajar, guru, ibubapa serta pihak pentadbir sekolah. dengan adanya aplikasi google calendar ini, sebarang tugasan, kuiz boleh diletakkan dalam aplikasi ini. ini dapat memudahkan pelajar, guru berinteraksi sesama mereka walaupun berada di tempat yang berlainan. pada masa cuti sekolah juga, guru masih boleh berhubung dengan pelajar dengan menggunakan aplikasi google ini.

terdapat banyak kelebihan menggunakan google calendar nie iaitu dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai, rakan2 atau pelajar dapat melihat jadual atau yang akan dilakukan, menyatakan aktiviti pada tarikh yang tertentu. selain itu google calendar juga dapat mengingatkan kita tentang perkara2 yang perlu dilakukan(sebagai reminder).

Definisi Google Calendar



salam.. Di sini saya ingin membincangkan tentang aplikasi yang terdapat di dalam google iaitu google Calendar. di google terdapat banyak aplikasi yang boleh kita gunakan secara percuma seperti blogger, google docs, google oogle group, page creator, picasa, SketchUp, google Apps Education Edition dan banyak lagi.

Google Calendar adalah aplikasi web percuma yang ditawarkan dalam pengurusan masa . Ia dilancarkan pada 13 April 2006, dan keluar dari tahap beta pada bulan Julai 2009. Pengguna dikehendaki untuk memiliki Akaun Google untuk menggunakan perisian tersebut.

Google Calendar adalah cara mudah bagi guru, pentadbir dan pelajar untuk berkongsi maklumat dalam sesuatu pasukan seperti perkongsian jadual, tarikh serahan tugasan dan masa cuti sekolah. Siapa saja boleh melihat kalendar dengan menggunakannya komputer yang disambungkan ke Internet dan akses pada laman web atau sekolah yang sudah ada dalam akaun mereka sendiri iaitu Kalendar Google. Perubahan yang dilakukan oleh pengurus kalendar secara automatik dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.

kita boleh menetapkan kalendar berasingan untuk masing-masing kelas dan berkongsi masing-masing dengan kumpulan yang telah dilantik. kita boleh menggunakan Google Calendar untuk berkongsi info tentang topik kelas dan penjelasan untuk setiap sesi seperti tarikh akhir tugasan, ujian dan kuiz dan aktiviti lain. Kita juga boleh menggunakan kalendar untuk menetapkan jadual kita dengan guru lain dan pentadbir. Dan pentadbir boleh menggunakan kalendar untuk menjaga pelajar dan keluarga seperti kemaskini tentang hari cuti, tarikh pertemuan antara ibubapa dengan guru dan aktiviti di sekolah.

PERANAN DAN TUGAS GURU ICT

Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana peranan sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang berjaya, tetapi juga yang berakhlak cemerlang di sekolah. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sememangnya guru memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti jati diri yang kukuh, berwawasan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran.

Guru ICT selalu dikaitkan dengan guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah seperti mata pelajaran ICT Tingkatan 4 dan 5 serta program ICTL sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru ICT juga dianggap guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT dan mempunyai kelulusan peringkat ijazah atau pun pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan ICT.

Guru ICT biasanya diberi tanggungjawab serta dilantik jawatan seperti Penyelaras Makmal Komputer Sekolah dan Guru Data. Tanggungjawab Penyelaras Makmal Komputer Sekolah ialah mengatur penggunaan makmal komputer di sekolah dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer oleh guru dan pelajar, menyelenggara peralatan ICT seperti melaporkan kerosakan atau membuat kerja baik pulih.
Peranan guru ICT di sekolah merangkumi tiga aspek utama iaitu penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran.

Penggubal Pembelajaran

Guru ICT penting dalam menangani penggubalan pelajaran dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga diwajibkan mengutip data sama ada secara dalam talian (online) atau melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat refleksi ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi adalah keupayaan mencari, memperoleh dan menganalisis sumber maklumat. Oleh itu, guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada pelbagai sumber dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti penggunaan Internet, CD ROM, perisian pendidikan dan sebagainya. Justeru itu dapat lah memupuk pelajar memiliki hard and soft skill dalam mengenal dan menggunakan teknologi terutamanya alatan teknologi baru.


Fasilitator Pembelajaran

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Guru ICT bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran yang diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu pengetahuan dan memupuk minat dan cintakan ilmu pengetahuan ICT.

Pengurus Pembelajaran
Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan yang berkesan. Sebagai Peranan guru ICT perlulah merancang jadual kitaran berkesan yang mengambil kira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada makmal komputer serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Memperkukuh disiplin pelajar ketika berada di makmal komputer juga diambil kira seperti memantau pelajar layari web, muat turun (download), penjagaan alatan komputer dan sebagainya. Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks data persekitaran pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer yang difahani oleh pelajar. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru ICT sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik yang ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

MAKSUD ICT

salam..
Di sini saya ingin kongsi info mengenai maksud ICT dari pemahaman saya melalui pembacaaan daripada internet.

sebelum kita mengetahui maksud ICT, telebih dahulu saya ingin menerangkan maksud teknologi maklumat iaitu sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

POLISI ICT DALAM PENDIDIKAN

Salam..
saya ingin berkongsi sedikit mengenai polisi ict dalam pendidikan.

Terdapat beberapa polisi yang telah dinyatakan oleh Kerajaan dalam pendidikan di Malaysia dari kaca mata KPM yang merangkumi 3 polisi utama:

i ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang
boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah terutamanya pelajar di bandar dengan luar bandar. Ini bermaksud perbezaan antara pelajar luar bandar dengan bandar dapat diatasi dengan kewujudan ICT seperti schoolNet dan sebagainya.

ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.dengan adanya ICT dapat memudahkan proses P&P di sekolah serta memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi serta memberi peluang kepada pelajar bekerjasama dalam kumpulan.

iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan. ini bermaksud penggunaan iCT dapat melahirkan pelajar yang mempunyai karisma serta dapat berdaya saing dengan pelajar lain.