PERANAN DAN TUGAS GURU ICT

Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana peranan sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang berjaya, tetapi juga yang berakhlak cemerlang di sekolah. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sememangnya guru memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti jati diri yang kukuh, berwawasan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran.

Guru ICT selalu dikaitkan dengan guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah seperti mata pelajaran ICT Tingkatan 4 dan 5 serta program ICTL sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru ICT juga dianggap guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT dan mempunyai kelulusan peringkat ijazah atau pun pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan ICT.

Guru ICT biasanya diberi tanggungjawab serta dilantik jawatan seperti Penyelaras Makmal Komputer Sekolah dan Guru Data. Tanggungjawab Penyelaras Makmal Komputer Sekolah ialah mengatur penggunaan makmal komputer di sekolah dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer oleh guru dan pelajar, menyelenggara peralatan ICT seperti melaporkan kerosakan atau membuat kerja baik pulih.
Peranan guru ICT di sekolah merangkumi tiga aspek utama iaitu penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran.

Penggubal Pembelajaran

Guru ICT penting dalam menangani penggubalan pelajaran dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga diwajibkan mengutip data sama ada secara dalam talian (online) atau melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat refleksi ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi adalah keupayaan mencari, memperoleh dan menganalisis sumber maklumat. Oleh itu, guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada pelbagai sumber dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti penggunaan Internet, CD ROM, perisian pendidikan dan sebagainya. Justeru itu dapat lah memupuk pelajar memiliki hard and soft skill dalam mengenal dan menggunakan teknologi terutamanya alatan teknologi baru.


Fasilitator Pembelajaran

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Guru ICT bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran yang diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu pengetahuan dan memupuk minat dan cintakan ilmu pengetahuan ICT.

Pengurus Pembelajaran
Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan yang berkesan. Sebagai Peranan guru ICT perlulah merancang jadual kitaran berkesan yang mengambil kira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada makmal komputer serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Memperkukuh disiplin pelajar ketika berada di makmal komputer juga diambil kira seperti memantau pelajar layari web, muat turun (download), penjagaan alatan komputer dan sebagainya. Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks data persekitaran pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer yang difahani oleh pelajar. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru ICT sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik yang ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

MAKSUD ICT

salam..
Di sini saya ingin kongsi info mengenai maksud ICT dari pemahaman saya melalui pembacaaan daripada internet.

sebelum kita mengetahui maksud ICT, telebih dahulu saya ingin menerangkan maksud teknologi maklumat iaitu sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

POLISI ICT DALAM PENDIDIKAN

Salam..
saya ingin berkongsi sedikit mengenai polisi ict dalam pendidikan.

Terdapat beberapa polisi yang telah dinyatakan oleh Kerajaan dalam pendidikan di Malaysia dari kaca mata KPM yang merangkumi 3 polisi utama:

i ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang
boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah terutamanya pelajar di bandar dengan luar bandar. Ini bermaksud perbezaan antara pelajar luar bandar dengan bandar dapat diatasi dengan kewujudan ICT seperti schoolNet dan sebagainya.

ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.dengan adanya ICT dapat memudahkan proses P&P di sekolah serta memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi serta memberi peluang kepada pelajar bekerjasama dalam kumpulan.

iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan. ini bermaksud penggunaan iCT dapat melahirkan pelajar yang mempunyai karisma serta dapat berdaya saing dengan pelajar lain.

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

salam.... disini saya ingin kongsi info mengenai peranan ict dalam pendidikan pada masa kini.

Peranan ICT pada masa kini amat meluas dalam kehidupan harian. setiap hari kita menggunakan teknologi maklumat untuk menyelesaikan atau melaksanakan sesuatu kerja mahupun tugasan.

Berikut adalah serba sedikit peranan ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia yang saya perolehi dari internet. http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dewasa ini, perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia. Pelbagai aspek teknologi digabungkan untuk memupuk minat rakyat Malaysia amnya dan para pelajar khususnya bagi melahirkan rakyat Malaysia celik ICT.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran penting pada masa kini untuk menjayakan wawasan 2020 untuk menjadikan rakyat Malaysia berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.


keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada para guru dan pelajar tersebut dalam mengaplikasikan bahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Dalam proses P&P para guru dianggap sebagai fasilitator dalam kelas dan pelajar yang akan mengetahui perbincangan tersebut.

penggunaan komputer dapat memudahkan pelajar dan guru dalam mencari carian maklumat serta pelajar akan menjadi kreatif untuk membincangkan sesuatu isu akan yang dibincangkan dalam kelas.