RUMUSAN KELAS ISU ICT

salam sejahtera rakan-rakan sekalian.

akhir selepas 14 minggu pembelajaran kelas MTM6053(isu-isu ict dalam pendidikan), maka dapat lah saya membuat rumusan mengenai kelas ini. Dalam kelas ini, saya banyak memperolehi ilmu pengetahuan mengenai isu dan teknologi yang berkaitan dengan ICT. ini merupakan pengalaman yang amat berharga untuk saya. InsyaALLAH segala ilmu yang diperolehi dari kelas ini, akan saya gunakan pada masa akan datang.

dalam kelas ini, apa yang telah saya belajar adalah seperti berikut:

a. Penggunaan blog
sebelum ini, saya tidak minat untuk menggunakan blog tetapi apabila kelas ini, setiap pelajar perlu mempunyai satu blog yang berkaitan isu-isu ict. walaupun sebelum ini saya mepunyai blog persendirian namun saya tidak aktif untuk menggunakannya. penggunaan blog amat penting pada masa kini untuk memudahkan rakan-rakan melihat perkembangan kita walaupun berada di tempat yang berlainan. penggunaan blog merupakan platform untuk memberi pendedahan awal tentang penggunaan

b.penggunaan google docs
saya tidak menggunakan aplikasi google docs sebelum ini. ini merupakan satu pengalaman yang baru untuk saya menggunakan aplikasi tersebut. dengan menggunakan google docs, perkongsian maklumat dengan rakan menjadi cepat dan pantas. apabila menggunakan google docs, kita boleh edit yang diberikan oleh rakan dengan segera. ini dapat menjimatkan masa.

c. DIM DIM
penggunaan adalah video conferencing yang digunakan oleh saya dan rakan-rakan untuk kelas secara online dengan tuan haji. dengan menggunakan dim dim kita dapat berkongsi maklumat dengan rakan-rakan walaupun berada di tempat yang berbeza lokasinya. satu lagi tools yang diperkenalkan oleh tuan haji kepada saya dan rakan-rakan dalam kelas.

d. twitter
penggunaan twitter adalah perkongsian maklumat dengan rakan-rakan serta tuan haji. dengan menggunakan twitter sebarang info dapat berkongsi dengan begitu cepat dan pantas.

e. skype
penggunaan skype di dalam kelas untuk berchatting dengan rakan-rakan serta untuk mendapatkan segala maklumat dan info yang diberikan oleh tuan haji kepada kami. dengan skype kami boleh membuat call serta video dengan rakan yang lain dan tuan haji. sebelum ini saya hanya menggunakan ym untuk chatting dengan rakan yang lain.

Apabila menggunakan tools dalam ict terdapat beberapa yang dapat dikenal pasti seperti masalah network terutamanya apabila menggunakan broadband untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan. selain itu adalah skill yang diperolehi apabila menggunakan tools tersebut.

di dalam kelas ini, saya memperolehi banyak ilmu tentang ict, jutaan terima kasih diucapkan tuan haji Nazri Saad serta rakan-rakan yang banyak membantu saya.

InsyaALLAH semester depan kita akan berjumpa lagi.

PENDIDIKAN ICT DI MALAYSIA

Salam..
pada masa kini, pembangunan ict dalam pendidikan amat menggalakkan apabila kerajaan memberi pelbagai kemudahan di setiap sekolah dalam memastikan setiap pelajar diberi pendedahan awal dalam bidang ict.
pembangunan ICT pada masa 10 tahun akan datang Di Malaysia bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan instrastruktur ICT
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
3. memperluaskan kegiatan kurikulum berasaskan ICT
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, personel KPM
7. meningkatkanpenggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membentuk perkembangan ICT dalam bidang pendidikan.


KELAS ONLINE 31 OGOS 2010

salam 1 Malaysia kawan2..

Pada hari ini iaitu 31 Ogos 2010 merupakan hari y paling bermakna bg sy.. Hari ini sempena hari kemerdekaan Malaysia y ke 53 thn yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia.. SELAMAT HARI MERDEKA, rakan2. Selain menyambut hari kemerdekaan, saya juga telah membuat presentation secara online.

Pada hari ini juga, saya telah mengikuti kelas secara online dengan menggunakan Dimdim conferencing dan satu lagi pengalaman yang berharga untuk diri saya. Pukul 10 pagi, kelas telah bermula dengan diketuai oleh pensyarah iaitu Tuan Haji Nazri merupakan pensyarah bagi subjek MTM 6053 (isu-isu ICT dalam pendidikan). saya merupakan orang yang ketiga membuat presentation selepas salasiah dan Rohana.

semasa salasiah membuat presntation keadaan berjalan lancar, tapi semasa rohana membuat presentation, suara beliau tidak dapat dengar oleh saya dan rkn2. masalah y dhadapi oleh rohana sama seperti sy alami pd kelas y lepas. selepas itu, sy membuat presentation. sy juga megalami masalah iaitu video xdak semasa presentation tp suara dpt dengar dgn jelas. ini juga merupakan y kita duga semasa membuat kelas secara online.

masalah yang lain semasa kelas online adalah kadang2 suara menjadi double, gambar menjadi pegun, video tidak ada, masalah broadband bagi rakan2 y menggunakannya, line y xclear utk dengar dan masalah yang lain lg.

alhamdulillah akhirnya sy dpt present walupun tidak ada video.. satu pengalaman y br menggunakan dimdim apabila saya diberi peluang membuat presentation secara online..



Antara kelebihan menggunakan dimdim adalah:
  • perkongsian maklumat dengan rakan2 walaupun berada di tempat y berbeza
  • masa yang dipilih oleh pensyarah dan rakan2 dpt memudahkan perjumpaan ini dijalankan
  • nota yang diberikan dengan menggunakan google docs memudahkan pelajar untuk mengambilnya
  • bebas berpakaian, ini kerana pelajar tidak perlu mematuhi etika pakaian kerana berada di tempat yang berbeza antara satu sama lain
Antara Kelemahan menggunakan dimdim adalah
  • mempunyai double suara dan kadang2 suara menjadi perlahan
  • alatan komunikasi tidak dapat berfungsi dengan baik
  • slide yang digunakan tidak boleh terlalu berat
walaupun mempunyai kelemahan tapi kita boleh membaikinya. semoga pada kelas akan datang kelas secara online dapat dijalankan dengan lebih baik dan jayanya.

Pengalaman Kelas Online


Salam..
pada 22/08/2010 yang lalu, sy dan rakan2 telah membuat kelas secara online dengan pensyarah kami iaitu Tn. Hj Nazri. Kelas bermula pada pukul 2.30 ptg secara online dengan menggunakan dimdim web conferencing dalam kelas tersebut..

Dalam kelas tersebut, kami membuat presentation mengenai kajian kes yang telah diberikan oleh Tn. Hj sebelum nie. saya org y ke3 akan present tetapi disebabkan beberapa masalah yg tidak dielakkan seperti suara sy tidak didengar oleh rakan2 y lain, maka presentation ditunda pada tarikh yg lain. masalah y dihadapi oleh sy ketika membuat presentation adalah mic sy da masalah.. sy perlu restart kembali laptop utk berkomunikasi dgn tn. Hj dan rkn2 y lain. ini merupakan pengalaman y berharga bg sy utk menggunakan dimdim web conferencing tsbt.walaupun pada pertengahan perbincangan tsbt, kadang2 suara xdpt dgr dgn clear tp ia dapat berjalan dgn lancar.

Antara kelebihan mengadakan kelas secara online ialah kita dpt berkongsi maklumat dengan rakan2 y lain y berada di tempat y berlainan pada masa y sama. selain itu, penggunaan dimdim juga membolehkan sy berinteraksi dgn rakan2 y lain rmelalui mesej y terdapat di dalam dimdim tesebut.

Diharapkan pada masa y akan datang, sy dpt present dengan baik tanpa masalah sblm nie. dengan dimdim, kita dpt berinteraksi dgn rakan2 dan btukar pendapat. jutaan terima kasih diucapakan pada Tuan Haji Nazri kerana memperkenalkan DimDim pada sy dan rakan2..

KELEBIHAN GOOGLE CALENDAR

Penggunaan google calendar semakin hari semakin popular di kalangan pengguna aplikasi google.
Terdapat beberapa kelebihan apabila menggunakan aplikasi google calendar seperti berikut:-
  • memudahkan perkongsian maklumat dengan orang ramai
  • dapat melihat jadual orang lain sebelum membuat sebarang temu janji
  • sebagai diary harian dalam memudahkan membuat perancangan harian
  • sbg reminder untuk kita mengenai sesuatu agenda telah kita rancangkan sebelum nie.
  • salah satu platform penggunaan ICT dlm pendidikan


ISU ETIKA KOMPUTER

Terdapat beberapa isu y melibatkan etika komputer iaitu:-
a. Kebersendirian(privacy)
Terdapat pelbagai sistem y menggunakan komputer utk menyimpan segala maklumat y penting dan rahsia.Maklumat y terdapat pada satu sistem mungkin akan digunakan pada sistem y lain.

sistem komputer y mengandungi maklumat penting dan rahsia haruslah dilindungi dari segi kebersendirian. kita harus mengambil berat keselamatan sistem tersebut daripada dicapai oleh pengguna yang tidak berhak. Perkara y penting dalam kebersendirian maklumat adalah kesetaraan rekod antara satu sistem dengan sistem yang lain pada organisasi yang sama.

b. Jenayah komputer
Jenayah komputer melibatkan mereka mencapai rekod tanpa mempunyai kuasa atau hak y sah termasuk mencetak rompak perisian. Pada hari ini terdapat banyak komputer dan penyalahgunaan komputer berlaku di seluruh dunia.

c. Virus
virus adalah set arahan yg menjangkiti fail komputer dgn menyalin diri sendiri. Terdapat individu y menulis kod dan menempelkan kod tersebut pd program y sedia ada. Apabila program itu digunakan pada komputer, virus akan meletakkan dirinya pd program y lain y berada di dalam sistem. Jika seseorang memasukkan cakera y dijangkiti virus ke dalam ingatan komputer, maka fail komputer juga akan dijangkiti virus. Komputer juga boleh dijangkiti virus apabila penggodam mencipta virus dan menghantarnya melalui rangkaian internet,telefon dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan keseluruhan komputer yang berada di dalam rangkaian tersebut akan dijangkiti virus.

Perlindungan yang terbaik daripada virus ialah membuat back up terutamanya untuk maklumat penting, memuat turun maklumat dari komputer yang tidak dihubungkan melalui sistem rangkaian. Gunakan program anti virus yang berkesan dan terkini, jangan simpan data di dalam cakera program dan sentiasa melindungi fail dalam cakera daripada ditulis untuk mengelakkan ia dimusnahkan.

d. Keselamatan
Pemilik komputer mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada pencuri dan penyalahgunaan peralatan komputer. Pengguna komputer mesti disediakan dengan pengenalan identiti(identification) dan capaian komputer dapat dikawal berdasarkan pengenalannya. Oleh itu, pengguna yang tidak berhak tidak akan dapat memcapai sebarang maklumat. Selalunya pengguna yang berhak dibekalkan dengan kad khas, kata laluan.

TIPS KESELAMATAN ICT

Antara langkah-langkah yang kita perlu tahu dalam menggunakan rangkaian sosial adalah:-

1. Tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

2. Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu dari boleh melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan selain perlu berhati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

3. Kata laluan untuk mengakses laman web sosial hendaklah berbeza dari akaun emel lain.

4. Jangan sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Pengguna perlu sentiasa berwaspada dengan setiap tampalan keselamatan atau muat turun yang disarankan dengan merujuk kepada mereka yang lebih arif.

5. Pengguna perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial. Jangan mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali melalui web yang kemudiannya telah membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.


ETIKA DALAM BERKOMPUTER

penggunaan komputer juga perlu mempunyai etika terutamanya penggunaan komputer dalam rangkaian internet. setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza dalam menggunakan komputer.

di sini terdapat 10 etika dalam komputer yang perlu kita ikuti dan menjadi panduan apabila menggunakan komputer..

1. Tidak menggunakan komputer untuk merosakkan orang lain.
Adalah tidak beretika jika kita menulis program yang mengawal bom masa, mencuri dan memusnahkan komputer orang lain atau mencapai atau memusnahkan fail orang lain.

2. Tidak memusnahkan kerja yang melibatkan komputer orang lain.
virus komputer adalah kecil tapi boleh menghancurkan kerja komputer orang lain dengan memusnahkan fail, memaparkan mesej yang mengganggu ketenteraman pengguna dan sebagainya. membina atau menyebarkan virus adalah tidak beretika.

3. Tidak membaca atau membuka fail orang lain
membuka atau membaca mel elektronik orang lain sama seperti kita tidak menghormati hak orang lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
menggunakan komputer dengan tujuan memindahkan duit daripada akaun syarikat atau bank tanpa hak adalah sama seperti merompak.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menyebarkan cerita palsu
internet dapat menyebarkan berita benar dan palsu dengan cepat. menyebarkan cerita palsu di internet boleh menyebarkan pelbagai kesan buruk seperti huru-hura.

6. Tidak dibenarkan menyalin perisian yang kita tidak bayar
perisian adalah produk yang melibatkan harta intelek. kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalin perisian tanpa membayar usaha melahirkan perisian tersebut

7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa mendapat kebenaran
sistem yang melibatkan ramai pengguna menggunakan id(login) pengguna dan kata laluan untuk memastikan keselamatan sistem tersebut. memecah masuk sistem atau aras yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika.

8. Tidak mengambil hasil kerja orang lain
mengambil hasil kerja orang lain tanpa kebenaran yang sah adalah sama seperti mencetak rompak perisian dan ini juga termasuk tidak beretika. Hakcipta intelek adalah kepunyaan individu dan ianya dilindungi dibawah undang-undang hakcipta.

9. Memikirkan kesan sosial pada program yang kita bina
apabila membina sesuatu program kita harus memikirkan dan mempertimbangkan kesan sosial kandungan program kepada kanak-kanak dan orang lain atau sesuatu kaum.

10. Menggunakan komputer dengan menunjukkan rasa prihatin dan menghormati
apabila kita berada di tempat awam dan berkomunikasi dalam komputer kita perlu menghormati dan berbaik dengan tetamu walaupun kita tidak dapat melihat mereka.



Dimdim Web Conferencing

salam..

pengalaman saya menggunakan dimdim video conferencing merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk diri saya. sebelum ini, saya hanya ada mendengar tentang dimdim melalui rakan chatting tapi tidak pernah menggunakannya.

alhamdulillah akhirnya saya menggunakannya di dalam kelas isu ICT dalam pendidikan bersama dengan tn. Hj dan rakan-rakan. ini merupakan satu pengalaman yang baru untuk saya.

walaupun da beberapa masalah menggunakannya seperti apabila menggunakan broadband terdapat masalah untuk connect dengan rakan2. tapi apabila menggunakan streamyX alhamdulillah dapat connect dengan dimdim.

dengan menggunakan dimdim ini, saya dapat melihat video yang dipaparkan dan mendengar suara pensyarah dengan jelas. selain itu, kami dapat berkongsi maklumat semasa video conference dijalankan.

antara kebaikan adalah kita boleh berhubung antara satu sama lain walaupun berada di tempat yang berbeza dengan syarat mempunyai sambungan internet. semoga perkongsian maklumat seperti ini dapat memudahkan pelajar dan pensyarah.

PENGUNAAN GOOGLE CALENDAR

Dewasa ini, penggunaan ict amat penting dalam kehidupan harian dalam memudahkan kerja atau tugas harian kita. dengan menggunakan google calendar juga dapat memudahkan kita dalam merancang sesuatu kerja. ini kerana google calendar berperanan sebagai diary kita untuk memastikan segala jadual kita dapat dirancang dengan baik.

aplikasi google calendar juga boleh digunakan di sekolah sebagai salah satu platform antara pelajar, guru, ibubapa serta pihak pentadbir sekolah. dengan adanya aplikasi google calendar ini, sebarang tugasan, kuiz boleh diletakkan dalam aplikasi ini. ini dapat memudahkan pelajar, guru berinteraksi sesama mereka walaupun berada di tempat yang berlainan. pada masa cuti sekolah juga, guru masih boleh berhubung dengan pelajar dengan menggunakan aplikasi google ini.

terdapat banyak kelebihan menggunakan google calendar nie iaitu dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai, rakan2 atau pelajar dapat melihat jadual atau yang akan dilakukan, menyatakan aktiviti pada tarikh yang tertentu. selain itu google calendar juga dapat mengingatkan kita tentang perkara2 yang perlu dilakukan(sebagai reminder).

Definisi Google Calendar



salam.. Di sini saya ingin membincangkan tentang aplikasi yang terdapat di dalam google iaitu google Calendar. di google terdapat banyak aplikasi yang boleh kita gunakan secara percuma seperti blogger, google docs, google oogle group, page creator, picasa, SketchUp, google Apps Education Edition dan banyak lagi.

Google Calendar adalah aplikasi web percuma yang ditawarkan dalam pengurusan masa . Ia dilancarkan pada 13 April 2006, dan keluar dari tahap beta pada bulan Julai 2009. Pengguna dikehendaki untuk memiliki Akaun Google untuk menggunakan perisian tersebut.

Google Calendar adalah cara mudah bagi guru, pentadbir dan pelajar untuk berkongsi maklumat dalam sesuatu pasukan seperti perkongsian jadual, tarikh serahan tugasan dan masa cuti sekolah. Siapa saja boleh melihat kalendar dengan menggunakannya komputer yang disambungkan ke Internet dan akses pada laman web atau sekolah yang sudah ada dalam akaun mereka sendiri iaitu Kalendar Google. Perubahan yang dilakukan oleh pengurus kalendar secara automatik dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.

kita boleh menetapkan kalendar berasingan untuk masing-masing kelas dan berkongsi masing-masing dengan kumpulan yang telah dilantik. kita boleh menggunakan Google Calendar untuk berkongsi info tentang topik kelas dan penjelasan untuk setiap sesi seperti tarikh akhir tugasan, ujian dan kuiz dan aktiviti lain. Kita juga boleh menggunakan kalendar untuk menetapkan jadual kita dengan guru lain dan pentadbir. Dan pentadbir boleh menggunakan kalendar untuk menjaga pelajar dan keluarga seperti kemaskini tentang hari cuti, tarikh pertemuan antara ibubapa dengan guru dan aktiviti di sekolah.

PERANAN DAN TUGAS GURU ICT

Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana peranan sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang berjaya, tetapi juga yang berakhlak cemerlang di sekolah. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sememangnya guru memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti jati diri yang kukuh, berwawasan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran.

Guru ICT selalu dikaitkan dengan guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah seperti mata pelajaran ICT Tingkatan 4 dan 5 serta program ICTL sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru ICT juga dianggap guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT dan mempunyai kelulusan peringkat ijazah atau pun pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan ICT.

Guru ICT biasanya diberi tanggungjawab serta dilantik jawatan seperti Penyelaras Makmal Komputer Sekolah dan Guru Data. Tanggungjawab Penyelaras Makmal Komputer Sekolah ialah mengatur penggunaan makmal komputer di sekolah dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer oleh guru dan pelajar, menyelenggara peralatan ICT seperti melaporkan kerosakan atau membuat kerja baik pulih.
Peranan guru ICT di sekolah merangkumi tiga aspek utama iaitu penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran.

Penggubal Pembelajaran

Guru ICT penting dalam menangani penggubalan pelajaran dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga diwajibkan mengutip data sama ada secara dalam talian (online) atau melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat refleksi ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi adalah keupayaan mencari, memperoleh dan menganalisis sumber maklumat. Oleh itu, guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada pelbagai sumber dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti penggunaan Internet, CD ROM, perisian pendidikan dan sebagainya. Justeru itu dapat lah memupuk pelajar memiliki hard and soft skill dalam mengenal dan menggunakan teknologi terutamanya alatan teknologi baru.


Fasilitator Pembelajaran

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Guru ICT bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran yang diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu pengetahuan dan memupuk minat dan cintakan ilmu pengetahuan ICT.

Pengurus Pembelajaran
Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan yang berkesan. Sebagai Peranan guru ICT perlulah merancang jadual kitaran berkesan yang mengambil kira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada makmal komputer serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Memperkukuh disiplin pelajar ketika berada di makmal komputer juga diambil kira seperti memantau pelajar layari web, muat turun (download), penjagaan alatan komputer dan sebagainya. Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks data persekitaran pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer yang difahani oleh pelajar. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru ICT sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik yang ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

MAKSUD ICT

salam..
Di sini saya ingin kongsi info mengenai maksud ICT dari pemahaman saya melalui pembacaaan daripada internet.

sebelum kita mengetahui maksud ICT, telebih dahulu saya ingin menerangkan maksud teknologi maklumat iaitu sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

POLISI ICT DALAM PENDIDIKAN

Salam..
saya ingin berkongsi sedikit mengenai polisi ict dalam pendidikan.

Terdapat beberapa polisi yang telah dinyatakan oleh Kerajaan dalam pendidikan di Malaysia dari kaca mata KPM yang merangkumi 3 polisi utama:

i ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang
boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah terutamanya pelajar di bandar dengan luar bandar. Ini bermaksud perbezaan antara pelajar luar bandar dengan bandar dapat diatasi dengan kewujudan ICT seperti schoolNet dan sebagainya.

ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.dengan adanya ICT dapat memudahkan proses P&P di sekolah serta memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi serta memberi peluang kepada pelajar bekerjasama dalam kumpulan.

iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan. ini bermaksud penggunaan iCT dapat melahirkan pelajar yang mempunyai karisma serta dapat berdaya saing dengan pelajar lain.

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

salam.... disini saya ingin kongsi info mengenai peranan ict dalam pendidikan pada masa kini.

Peranan ICT pada masa kini amat meluas dalam kehidupan harian. setiap hari kita menggunakan teknologi maklumat untuk menyelesaikan atau melaksanakan sesuatu kerja mahupun tugasan.

Berikut adalah serba sedikit peranan ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia yang saya perolehi dari internet. http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dewasa ini, perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia. Pelbagai aspek teknologi digabungkan untuk memupuk minat rakyat Malaysia amnya dan para pelajar khususnya bagi melahirkan rakyat Malaysia celik ICT.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran penting pada masa kini untuk menjayakan wawasan 2020 untuk menjadikan rakyat Malaysia berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.


keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada para guru dan pelajar tersebut dalam mengaplikasikan bahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Dalam proses P&P para guru dianggap sebagai fasilitator dalam kelas dan pelajar yang akan mengetahui perbincangan tersebut.

penggunaan komputer dapat memudahkan pelajar dan guru dalam mencari carian maklumat serta pelajar akan menjadi kreatif untuk membincangkan sesuatu isu akan yang dibincangkan dalam kelas.