PERANAN DAN TUGAS GURU ICT

Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana peranan sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang berjaya, tetapi juga yang berakhlak cemerlang di sekolah. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sememangnya guru memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti jati diri yang kukuh, berwawasan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran.

Guru ICT selalu dikaitkan dengan guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah seperti mata pelajaran ICT Tingkatan 4 dan 5 serta program ICTL sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru ICT juga dianggap guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT dan mempunyai kelulusan peringkat ijazah atau pun pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan ICT.

Guru ICT biasanya diberi tanggungjawab serta dilantik jawatan seperti Penyelaras Makmal Komputer Sekolah dan Guru Data. Tanggungjawab Penyelaras Makmal Komputer Sekolah ialah mengatur penggunaan makmal komputer di sekolah dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer oleh guru dan pelajar, menyelenggara peralatan ICT seperti melaporkan kerosakan atau membuat kerja baik pulih.
Peranan guru ICT di sekolah merangkumi tiga aspek utama iaitu penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran.

Penggubal Pembelajaran

Guru ICT penting dalam menangani penggubalan pelajaran dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga diwajibkan mengutip data sama ada secara dalam talian (online) atau melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat refleksi ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi adalah keupayaan mencari, memperoleh dan menganalisis sumber maklumat. Oleh itu, guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada pelbagai sumber dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti penggunaan Internet, CD ROM, perisian pendidikan dan sebagainya. Justeru itu dapat lah memupuk pelajar memiliki hard and soft skill dalam mengenal dan menggunakan teknologi terutamanya alatan teknologi baru.


Fasilitator Pembelajaran

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Guru ICT bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran yang diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu pengetahuan dan memupuk minat dan cintakan ilmu pengetahuan ICT.

Pengurus Pembelajaran
Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan yang berkesan. Sebagai Peranan guru ICT perlulah merancang jadual kitaran berkesan yang mengambil kira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada makmal komputer serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Memperkukuh disiplin pelajar ketika berada di makmal komputer juga diambil kira seperti memantau pelajar layari web, muat turun (download), penjagaan alatan komputer dan sebagainya. Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks data persekitaran pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar.Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer yang difahani oleh pelajar. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru ICT sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik yang ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

0 Response to "PERANAN DAN TUGAS GURU ICT"