TIPS KESELAMATAN ICT

Antara langkah-langkah yang kita perlu tahu dalam menggunakan rangkaian sosial adalah:-

1. Tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

2. Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu dari boleh melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan selain perlu berhati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

3. Kata laluan untuk mengakses laman web sosial hendaklah berbeza dari akaun emel lain.

4. Jangan sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Pengguna perlu sentiasa berwaspada dengan setiap tampalan keselamatan atau muat turun yang disarankan dengan merujuk kepada mereka yang lebih arif.

5. Pengguna perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial. Jangan mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali melalui web yang kemudiannya telah membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.


0 Response to "TIPS KESELAMATAN ICT"